I’m not saying being me is good..

I’m not saying living in my life is splendid..

But, what I’m gonna say is just have a taste a little bit of my life and tell me how it really is..

Hear my story..

Spill if you want and swallow if you like..

Shaff-story..is a tale..a taste of me~shaff

Showing posts with label BeautyOfIslam. Show all posts
Showing posts with label BeautyOfIslam. Show all posts

Sunday, June 19, 2016

JANJI ALLAH

Allah dah janji. Doa-doa orang yang teraniaya itu makbul. Maka jika kau rasa kau teraniaya, berdoalah. Mudah-mudahan Allah setuju.


Tetapi atas dasar apa doa itu? Doa untuk membalas dendamkah? Doa untuk melihat keruntuhan diakah? Doa semoga dia sengsarakah?


Tidak. Bagi aku, sebaik-baik doa adalah ‘aku telah memaafkan kesalahan kau keatasku dan segala perbuatan kau keatasku dan semoga Allah juga  mengampunkan dosa-dosa yang telah kau lakukan keatasNya’.


Kerana apa? Kerana bagi aku Allah lebih tau apa yang terbaik untuk setiap hamba-hambanya. Allah lebih arif pembalasan apakah yang paling setimpal buat dia. Mungkin hati ini meronta untuk membalas dendam. Mungkin mulut ini paling senang untuk ucapkan ‘aku tak akan maafkan dia’. Tapi sampai bila?


Allah dah kata, kalau kau berbuat silap sesama manusia maka minta maaflah kepada manusia itu sendiri. Jika sehingga ke mati kau belum meminta maaf maka carilah dia untuk meminta maaf di akhirat kelak. Tapi, hendakkah kita menangguhkan perjalanan kita di akhirat kelak semata-mata kerana masih ada insan-insan yang tengah berusaha merangkak mencari kemaafan kita? Dia mungkin lambat ke tempat perhitungan kerana kesalahan dia tapi kau kena ingat, kau juga mungkin lambat kerana harus menantikannya. Berbaloikah?


Bagi aku, tidak. Kerana apa? Kerana biar sahaja Allah yang menghitung kesalahan dia. Kita bukan maksum. Kita hanya hamba Allah yang biasa. Maka sebaiknya biarlah dia bersuka ria meraikan kemenangannya di dunia ini selagi boleh. Kerana di akhirat kelak akan ada satu lagi perhitungan buat dia. Di situ, yang benar pasti benar dan yang salah pasti salah. Itu ketetapan Allah.


Sehingga hari itu datang. Maafkanlah dia dan bergembiralah. Allah tahu semua yang benar dan Allah tak akan pernah membiarkan yang salah itu berlalu pergi.




P/s: Janji Allah itu pasti. Yakin dan fahamkan. 



cuma seorang hamba Allah,
-Shaff-

Wednesday, February 10, 2016

Layakkah kita?



Manusia mengeluh bila ditimpa kesusahaan tapi terlupa untuk bersyukur atas seribu kebaikan.
Sedar tak kita bahawa Allah tak tarik satu pun nikmat daripada kita, tapi tak pernah pula kita bersyukur. Sebab apa? Sebab selagi kita tak nampak ada benda hilang kita lupa benda itu hanya pinjaman.
Allah Cuma tambah satu sahaja lagi beban atas bahu kita itu pun kita dah mengeluh macam esok dah hilang nyawa. Sebab apa? Sebab fitrah manusia, yang beban nak diungkit yang nikmat lupa nak disyukuri.
Jadi, layakkah kita mengeluh lagi?

Hutang manusia dengan manusia sampai kau sanggup berbunuhan. Tapi hutang manusia dengan Allah tiada siapa pula yang peduli.  Sebab apa? Sebab kita lupa azab neraka itu selagi tak timbul depan mata. Kau berhutang dengan manusia kau fikir sampai tak boleh tidur malam. Punyalah gelisah. Takut dengan manusia punya pasal . Tapi bila kau hutang solat dengan Allah, tak solat isya’ pun kau mampu lagi tidur nyenyak sampai ke pagi sampai terhutang pula solat subuh. Bila nak bayar tu? Tak gelisah pun. Maksudnya apa? Tak takut dengan Allah kah?  
Jadi, layakkah kita mengeluh lagi?

Hutang rumah, hutang ptptn, hutang kredit kad semua tu ada dateline yang kau boleh nampak tapi kau takut bukan main lagi. Hutang Allah yang kau tak nampak dateline tu sikit pun kau tak takut. Mana tau tidur malam ni esok Allah dah tarik nyawa. Tak risaukah? Kalau risau kenapa tak peduli?

Dalam Allah bagi ujian tu Dia tak tarik satu pun lagi nikmat daripada kau yang Dia bagi selama ini. selagi kau masih ada atap di atas kepala, kau masih ada kesihatan yang terjaga, kau masih ada juadah di atas meja, bersyukurlah.  Sebab semua itu bukan hak milik mutlak pun. Mana tau esok-esok dah tiada.  Selagi masih ada nyawa dalam jasad kau, bersyukurlah. Itu tandanya masih ada masa untuk kau selesaikannya. Allah tak bagi ujian itu tanpa sebab.  Allah bagi ujian itu untuk tengok sejauh mana kau yakin dengan Dia. Kalau awal lagi kau dah merungut, itu tandanya awal lagi kau dah kandas, awal lagi kau dah tewas. Asyik nak senang saja, buat apa hidup atas dunia? Ingatlah, dunia bukan tempat untuk bersenang-lenang, tapi dunia hanyalah tempat persinggahan untuk kumpul dana supaya kita dapat bersenang-lenang di syurga. Kucing di jalanan pun Allah tak bagi makan free tanpa usaha, inikan pula manusia.
Jadi, layakkah kita mengeluh lagi?

Satu saja soalan aku nak tanya. Andai kata Allah bagi pilihan pada kau untuk Dia tarik balik satu sahaja nikmat dari kau demi menyelesaikan segala masalah yang kau ada, nikmat apakah yang sanggup kau korbankan? Kesihatankah? Anak isterikah? Mak ayahkah? Pekerjaankah? Nyawakah? Kalau satu pun bukan, layakkah kau mengeluh?

Dalam sebegitu banyak nikmat yang Dia bagi siapa kita untuk mempersoalkan sedikit masalah yang Dia suruh kita tempuh.


Hidup. Hadap. Itu sahaja.

P/s: saling ingat-mengingati. sebab itu sahaja yang aku mampu. 


xoxo,
-Shaff-

Wednesday, November 6, 2013

Kisah jodoh

Jodoh itu salah satu rezeki dari Allah. salah satu rahsia Allah yang sampai bila-bila pun kita takkan dapat tahu apa yang tersirat di sebaliknya. Yang kita sedar hanya the fact that indeed jodoh itu datang dan pergi tanpa sebarang warning beforehand. yang ada ditangan kita hanyalah pilihan sama ada untuk mengenggam rezeki jodoh itu atau membiarkan ia pergi. still at the end of the day kita tak akan tahu pun keputusan apa yang terbaik sebenarnya. Hanya perlu yakin yang segala yang berlaku tentu ada hikmah di sebaliknya.

Jodoh itu datang dalam pelbagai bentuk. persahabatan, persaudaraan, kekeluargaan, jodoh sebagai guru dan murid, jodoh sebagai bos dan pekerja ataupun yang paling menjadi hukum norma adalah jodoh sebagai suami isteri.

setelah jodoh itu hadir, ada sesuatu lagi yang belum kita pasti dan tak mungkin akan kita pasti sampai bila-bila, iaitu sampai bila jodoh itu akan dapat bertahan. Bukan kerana salah sesiapa tetapi memang itu yang telah ditetapkan. sekali lagi dijelaskan bahawa jodoh itu rezeki, dan rezeki itu mungkin hak kita untuk jangka masa yang lama dan boleh jadi jugak hanya untuk sementara.

Jadi, dapat disimpulkan disini bahawa, apabila rezeki jodoh itu hadir dalam apa jua bentuk sekalipun, jangan begitu mudah menolaknya tanpa usul periksa juga jangan terlalu taksub mendakapnya tanpa sebarang batasan. Bersederhanalah dan bersyukurlah. Selagi rezeki itu ada dalam genggaman jagalah ia sebaiknya kerana kita tidak tahu bila waktunya ia akan ditarik balik dari genggaman, dan bila rezeki itu ditarik balik, redhakanlah ia pergi kerana segala sesuatu itu bukan hak mutlak sesiapa kecuali Allah.

Selagi masih bernafas kita di muka bumi ini selagi itu masih berpeluang untuk kita mendapat rezeki dari yang maha esa. selagi terdaya, berusaha, berdoa dan bertawakkal semoga dimurahkan segala rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin.

p/s; alhamdulillah for today. pray for a better tomorrow.



xoxo,
shaff

Friday, May 10, 2013

Bulan Rejab.


Salam,

Esok sabtu, 11 May 2013, bersamaan dengan 1 Rejab 1432h.

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rejab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rejab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rejab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rejab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.


Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

p/s: jadi, marilah kita bersama-sama memanfaatkan bulan yang mulia ini..boleh practice puasa siap-siap before sampai bulan Ramadhan nanti..=)



Lots of love,
-shaff-

Thursday, May 9, 2013

Hadith 40 Imam an-Nawawi #1


Salam,

Hanya kerana sebaris ayat ini..
 "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."

I feel that I have to share, sharing not because I have a lot but because I have something..bukan untuk mengajar tetapi sekadar berkongsi untuk kita sama-sama belajar dan mendapat kebaikan darinya..insyaallah.

Kenapa saya pilih hadith 40? No specific reason, Just because I have to start with something...

Rasulullah SAW said: " whosoever memorises and preserves for my people forty hadith relating to their religion, Allah will resurrect him on the Day of Judgment in the company of jurists and religious scholars." 

#1:

On the authority of Umar bin Al-Khattab, who said: I heard the Messenger of Allah S.A.W say:
"Actions are but by intention and every man shall have but that which he intended. Thus, he whose migration was for Allah and His Messenger, his migration was for Allah and His Messenger, and he whose migration was to achieve  some worldly benefit or to take some women in marriage, his migration was for that for which he migrated."- related by Bukhari and Muslim.

"Sesungguhnya setiap perbuatan itu  bergantung kepada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan mendapat balasan) berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yang hijrahnya adalah kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan."

 * * *

Setiap perkara yang kita lakukan bermula dari hati, jika baik niatnya maka baiklah hasilnya. Tapi kena lah ingat jugak  bahawa niat tidak menghalalkan cara. Contohnya macam kisah Robin Hood yang mencuri dari orang kaya untuk membantu orang miskin. Niat si Robin Hood ni memangla nak tolong orang miskin tapi cara yang dia gunakan tu adalah mencuri dan semestinya perbuatan mencuri itu salah. Jadinya tak valid lah perbuatannya itu..

Seorang mu'min akan diberi ganjaran pahala berdasarkan kadar niatnya dan yang membezakan antara ibadah dan adat (kebiasaan/rutin) adalah niat. So, lepas ni mulakan hidup anda dengan berniat untuk mendapat keredhaan Allah. Start with your first step with niat LillahiTa'ala, mudah-mudahan pekerjaan yang baik sepanjang hari itu adalah jihad.

p/s: sharing is totally caring and Islam is a beautiful way of life.


lots of love,
-shaff-