Manusia mengeluh bila ditimpa kesusahaan tapi terlupa untuk bersyukur
atas seribu kebaikan.
Sedar tak kita bahawa Allah tak tarik satu pun nikmat daripada kita,
tapi tak pernah pula kita bersyukur. Sebab apa? Sebab selagi kita tak nampak
ada benda hilang kita lupa benda itu hanya pinjaman.
Allah Cuma tambah satu sahaja lagi beban atas bahu kita itu pun kita
dah mengeluh macam esok dah hilang nyawa. Sebab apa? Sebab fitrah manusia, yang
beban nak diungkit yang nikmat lupa nak disyukuri.
Jadi, layakkah kita mengeluh lagi?
Hutang manusia dengan manusia sampai kau sanggup berbunuhan. Tapi hutang
manusia dengan Allah tiada siapa pula yang peduli. Sebab apa? Sebab kita lupa azab neraka itu
selagi tak timbul depan mata. Kau berhutang dengan manusia kau fikir sampai tak
boleh tidur malam. Punyalah gelisah. Takut dengan manusia punya pasal . Tapi
bila kau hutang solat dengan Allah, tak solat isya’ pun kau mampu lagi tidur
nyenyak sampai ke pagi sampai terhutang pula solat subuh. Bila nak bayar tu? Tak
gelisah pun. Maksudnya apa? Tak takut dengan Allah kah?
Jadi, layakkah kita mengeluh lagi?
Hutang rumah, hutang ptptn, hutang kredit kad semua tu ada dateline
yang kau boleh nampak tapi kau takut bukan main lagi. Hutang Allah yang kau tak
nampak dateline tu sikit pun kau tak takut. Mana tau tidur malam ni esok Allah
dah tarik nyawa. Tak risaukah? Kalau risau kenapa tak peduli?
Dalam Allah bagi ujian tu Dia tak tarik satu pun lagi nikmat daripada
kau yang Dia bagi selama ini. selagi kau masih ada atap di atas kepala, kau
masih ada kesihatan yang terjaga, kau masih ada juadah di atas meja,
bersyukurlah. Sebab semua itu bukan hak
milik mutlak pun. Mana tau esok-esok dah tiada.
Selagi masih ada nyawa dalam jasad kau, bersyukurlah. Itu tandanya masih
ada masa untuk kau selesaikannya. Allah tak bagi ujian itu tanpa sebab. Allah bagi ujian itu untuk tengok sejauh mana
kau yakin dengan Dia. Kalau awal lagi kau dah merungut, itu tandanya awal lagi
kau dah kandas, awal lagi kau dah tewas. Asyik nak senang saja, buat apa hidup
atas dunia? Ingatlah, dunia bukan tempat untuk bersenang-lenang, tapi dunia
hanyalah tempat persinggahan untuk kumpul dana supaya kita dapat
bersenang-lenang di syurga. Kucing di jalanan pun Allah tak bagi makan free
tanpa usaha, inikan pula manusia.
Jadi, layakkah kita mengeluh lagi?
Satu saja soalan aku nak tanya. Andai kata Allah bagi pilihan pada kau
untuk Dia tarik balik satu sahaja nikmat dari kau demi menyelesaikan segala
masalah yang kau ada, nikmat apakah yang sanggup kau korbankan? Kesihatankah? Anak
isterikah? Mak ayahkah? Pekerjaankah? Nyawakah? Kalau satu pun bukan, layakkah
kau mengeluh?
Dalam sebegitu banyak nikmat yang Dia bagi siapa kita untuk
mempersoalkan sedikit masalah yang Dia suruh kita tempuh.
Hidup. Hadap. Itu sahaja.
P/s: saling ingat-mengingati. sebab itu sahaja yang aku mampu.
xoxo,
-Shaff-
No comments:
Post a Comment