I’m not saying being me is good..

I’m not saying living in my life is splendid..

But, what I’m gonna say is just have a taste a little bit of my life and tell me how it really is..

Hear my story..

Spill if you want and swallow if you like..

Shaff-story..is a tale..a taste of me~shaff

Wednesday, February 10, 2016

Layakkah kita?



Manusia mengeluh bila ditimpa kesusahaan tapi terlupa untuk bersyukur atas seribu kebaikan.
Sedar tak kita bahawa Allah tak tarik satu pun nikmat daripada kita, tapi tak pernah pula kita bersyukur. Sebab apa? Sebab selagi kita tak nampak ada benda hilang kita lupa benda itu hanya pinjaman.
Allah Cuma tambah satu sahaja lagi beban atas bahu kita itu pun kita dah mengeluh macam esok dah hilang nyawa. Sebab apa? Sebab fitrah manusia, yang beban nak diungkit yang nikmat lupa nak disyukuri.
Jadi, layakkah kita mengeluh lagi?

Hutang manusia dengan manusia sampai kau sanggup berbunuhan. Tapi hutang manusia dengan Allah tiada siapa pula yang peduli.  Sebab apa? Sebab kita lupa azab neraka itu selagi tak timbul depan mata. Kau berhutang dengan manusia kau fikir sampai tak boleh tidur malam. Punyalah gelisah. Takut dengan manusia punya pasal . Tapi bila kau hutang solat dengan Allah, tak solat isya’ pun kau mampu lagi tidur nyenyak sampai ke pagi sampai terhutang pula solat subuh. Bila nak bayar tu? Tak gelisah pun. Maksudnya apa? Tak takut dengan Allah kah?  
Jadi, layakkah kita mengeluh lagi?

Hutang rumah, hutang ptptn, hutang kredit kad semua tu ada dateline yang kau boleh nampak tapi kau takut bukan main lagi. Hutang Allah yang kau tak nampak dateline tu sikit pun kau tak takut. Mana tau tidur malam ni esok Allah dah tarik nyawa. Tak risaukah? Kalau risau kenapa tak peduli?

Dalam Allah bagi ujian tu Dia tak tarik satu pun lagi nikmat daripada kau yang Dia bagi selama ini. selagi kau masih ada atap di atas kepala, kau masih ada kesihatan yang terjaga, kau masih ada juadah di atas meja, bersyukurlah.  Sebab semua itu bukan hak milik mutlak pun. Mana tau esok-esok dah tiada.  Selagi masih ada nyawa dalam jasad kau, bersyukurlah. Itu tandanya masih ada masa untuk kau selesaikannya. Allah tak bagi ujian itu tanpa sebab.  Allah bagi ujian itu untuk tengok sejauh mana kau yakin dengan Dia. Kalau awal lagi kau dah merungut, itu tandanya awal lagi kau dah kandas, awal lagi kau dah tewas. Asyik nak senang saja, buat apa hidup atas dunia? Ingatlah, dunia bukan tempat untuk bersenang-lenang, tapi dunia hanyalah tempat persinggahan untuk kumpul dana supaya kita dapat bersenang-lenang di syurga. Kucing di jalanan pun Allah tak bagi makan free tanpa usaha, inikan pula manusia.
Jadi, layakkah kita mengeluh lagi?

Satu saja soalan aku nak tanya. Andai kata Allah bagi pilihan pada kau untuk Dia tarik balik satu sahaja nikmat dari kau demi menyelesaikan segala masalah yang kau ada, nikmat apakah yang sanggup kau korbankan? Kesihatankah? Anak isterikah? Mak ayahkah? Pekerjaankah? Nyawakah? Kalau satu pun bukan, layakkah kau mengeluh?

Dalam sebegitu banyak nikmat yang Dia bagi siapa kita untuk mempersoalkan sedikit masalah yang Dia suruh kita tempuh.


Hidup. Hadap. Itu sahaja.

P/s: saling ingat-mengingati. sebab itu sahaja yang aku mampu. 


xoxo,
-Shaff-