Salam,
Esok sabtu, 11 May
2013, bersamaan dengan 1 Rejab 1432h.
Diriwayatkan bahawa
Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa
bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari
dalam bulan Rejab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar
dari ALLAH SWT.
Barangsiapa yang
berpuasa dua hari dalam bulan Rejab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa
tiga hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya
dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit
badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan
dajjal.
Barangsiapa yang
berpuasa lima hari dalam bulan Rejab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH
SWT.
Barangsiapa berpuasa
tujuh hari dalam bulan Rejab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
Barangsiapa berpuasa
lapan hari dalam bulan Rejab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa
lima belas hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang
telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan
barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan
pahalanya.”
p/s: jadi, marilah
kita bersama-sama memanfaatkan bulan yang mulia ini..boleh practice puasa
siap-siap before sampai bulan Ramadhan nanti..=)
Lots of love,
-shaff-
No comments:
Post a Comment