Allah dah janji. Doa-doa orang
yang teraniaya itu makbul. Maka jika kau rasa kau teraniaya, berdoalah. Mudah-mudahan
Allah setuju.
Tetapi atas dasar apa doa itu?
Doa untuk membalas dendamkah? Doa untuk melihat keruntuhan diakah? Doa semoga
dia sengsarakah?
Tidak. Bagi aku, sebaik-baik doa
adalah ‘aku telah memaafkan kesalahan kau keatasku dan segala perbuatan kau
keatasku dan semoga Allah juga mengampunkan
dosa-dosa yang telah kau lakukan keatasNya’.
Kerana apa? Kerana bagi aku Allah
lebih tau apa yang terbaik untuk setiap hamba-hambanya. Allah lebih arif
pembalasan apakah yang paling setimpal buat dia. Mungkin hati ini meronta untuk
membalas dendam. Mungkin mulut ini paling senang untuk ucapkan ‘aku tak akan
maafkan dia’. Tapi sampai bila?
Allah dah kata, kalau kau berbuat
silap sesama manusia maka minta maaflah kepada manusia itu sendiri. Jika sehingga
ke mati kau belum meminta maaf maka carilah dia untuk meminta maaf di akhirat kelak.
Tapi, hendakkah kita menangguhkan perjalanan kita di akhirat kelak semata-mata
kerana masih ada insan-insan yang tengah berusaha merangkak mencari kemaafan
kita? Dia mungkin lambat ke tempat perhitungan kerana kesalahan dia tapi kau
kena ingat, kau juga mungkin lambat kerana harus menantikannya. Berbaloikah?
Bagi aku, tidak. Kerana apa? Kerana
biar sahaja Allah yang menghitung kesalahan dia. Kita bukan maksum. Kita hanya
hamba Allah yang biasa. Maka sebaiknya biarlah dia bersuka ria meraikan
kemenangannya di dunia ini selagi boleh. Kerana di akhirat kelak akan ada satu
lagi perhitungan buat dia. Di situ, yang benar pasti benar dan yang salah pasti
salah. Itu ketetapan Allah.
Sehingga hari itu datang. Maafkanlah
dia dan bergembiralah. Allah tahu semua yang benar dan Allah tak akan pernah
membiarkan yang salah itu berlalu pergi.
P/s: Janji Allah itu pasti. Yakin
dan fahamkan.
cuma seorang hamba Allah,
-Shaff-
No comments:
Post a Comment